Tuesday, 18 February 2014
Langgar Babi, Babi Tu Sondol Balik ..
Alor Gajah: “Babi hutan itu keluar dari semak secara mengejut menyebabkan seorang penunggang motosikal merempuhnya dan penunggang berkenaan tersungkur manakala haiwan itu terperosok di bawah Toyota Unser saya. Namun, babi hutan itu tiba-tiba bangun dan menyondol mangsa yang sedang terbaring,” kata Mohd Shahir Tambi Chik, 27, saksi kemalangan yang menyebabkan Arman Jaafar, 37, terbunuh, semalam.
Menurut kakitangan Pejabat Daerah Alor Gajah itu, dia dalam perjalanan dari arah Tanjung Bidara menghala ke tempat kerjanya di Alor Gajah, terkejut melihat seekor babi hutan sebesar anak kerbau tiba-tiba keluar dari semak di kanan jalan dan terus melintas jalan raya.
“Kemudian seorang penunggang motosikal yang datang dari arah Masjid Tanah, merempuhnya menyebabkan penunggangnya jatuh ke atas jalan.
“Saya terkejut apabila haiwan itu terperosok di bawah kereta saya, bangun dan menyondol mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.
Mohd Shahir bagaimanapun berkata, dia tidak pasti sama ada mangsa masih hidup atau tidak ketika disondol haiwan berkenaan yang kemudian terbaring di tepi jalan berdekatan penunggang motosikal, dipercayai kerana turut cedera.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Popular Posts
-
Baru-baru ini viral tentang gelaran Dr. Azizan Osman bukan seorang yang mempunyai pendidikan dan sijil Ph.D . Oleh kerana isu itu melibat...
-
1. Punggung Punggung rupanya menduduki peringkat pertama bagian tubuh lelaki yang disukai kaum hawa. Ini menunjukkan wanita tidak jauh be...
-
Berita mengenai wanita di toreh muka baru-baru ini menjadi amat viral di Facebook . Semua bercerita tentang sikap kemanusiaan . Ada pihak ya...
-
KITA mungkin sudah biasa mendengar alasan kenapa pengguna memilih perkhidmatan kenderaan penumpang seperti GrabCar atau Uber, tetapi kali...
-
KUALA LUMPUR - Pendapatan isi rumah bulanan penengah Malaysia pada 2014 meningkat 11.7 peratus setahun kepada RM4,585 berbanding RM3,626 pad...
-
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Para peniaga yang melakukan penipuan melalui perniagaan dalam talian boleh didenda mengikut Akta Perlindungan Pengguna...
-
Seramai 216,048 (56 peratus) Graduan Universiti Menganggur Daripada 385,800 Penganggur di Malaysia. Apakah Punca dan Masalahnya? Yang ...
-
Kebanyakan orang membeli emas hanya untuk tujuan pelaburan, atau mempunyai untuk perlindungan terhadap ekonomi. Tetapi emas bukan semua tent...
-
Kejatuhan harga emas ini seringkali menjadi titik pertanyaan bagi sang pelabur-pelabur emas. Anda sebagai pelabur emas baru mestilah faham ...
-
Sebagai seorang isteri, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suam...
No comments :
Post a Comment