Friday, 21 March 2014
E! News cari artis tempatan !
Dia cantik, peramah, suka merendah diri sekaligus aktres ini cukup di senangi ramai. Lantas dek perwatakan dimilikinya itu, Lisa Surihani selayaknya digelar 'buah hati' para peminat tanah air.
Meskipun isteri kepada pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim ini sedia dikenali ramai, namun ada beberapa perkara yang peminat tidak pernah tahu mengenai siapa sebenarnya heroin filem 'Istanbul Aku Datang' ini.
Bagaimanapun, pendedahan tersebut bakal dibuat oleh beberapa individu yang paling rapat dan penting dalam hidupnya seperti suaminya sendiri iaitu Yusry, ibunya serta sahabat baiknya.
Menariknya, 'rahsia' Lisa dibongkarkan secara eksklusif menerusi program 'E! News Asia Special' dan bakal ditayangkan selama 30 minit pada 30 Mac ini, di Astro Channel 712, jam 10 malam.
Bertemu Lisa pada majlis pelancaran dan sidang media program tersebut semalam, Lisa berkata dia berasa bertuah dan tidak menyangka kerana terpilih sebagai selebriti Malaysia pertama untuk muncul dalam program E! News.
"Ketika pihak E! News menyuarakan hasrat yang mereka mahu membuat sebuah program khas tentang diri saya, saya terkejut. Rasa macam tak percaya dan tak sangka dipilih oleh pihak E! News sebagai selebriti pertama di Malaysia. Tapi saya sangat menghargainya dan anggap ia satu penghormatan buat diri saya", kata Lisa Surihani pada sidang media E! News Asia Special di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, semalam.
Dalam pada itu Lisa berkata, meskipun dirinya sudah dikenali ramai namun adakalanya dia terlupa bahwa dirinya seorang selebriti.
"Sejujurnya kadang-kadang saya terlupa yang saya seorang selebriti. Sebagai contoh, kalau saya sedang berjalan di pusat membeli-belah, kemudian jika ada orang yang menghampiri saya dan mahu mengambil gambar bersama, perkara pertama yang terlintas difikiran saya ialah mereka ini saudara mara saya di sebelah siapa? Sebelah ibu atau ayah saya? Bila lama sikit baru saya sedar yang mereka ini peminat...", katanya sambil tersenyum.
Justeru Lisa juga berkata dia teruja untuk mendengar pendedahan juga perspektif orang sekeliling mengenai dirinya.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Popular Posts
-
Baru-baru ini viral tentang gelaran Dr. Azizan Osman bukan seorang yang mempunyai pendidikan dan sijil Ph.D . Oleh kerana isu itu melibat...
-
1. Punggung Punggung rupanya menduduki peringkat pertama bagian tubuh lelaki yang disukai kaum hawa. Ini menunjukkan wanita tidak jauh be...
-
Berita mengenai wanita di toreh muka baru-baru ini menjadi amat viral di Facebook . Semua bercerita tentang sikap kemanusiaan . Ada pihak ya...
-
KITA mungkin sudah biasa mendengar alasan kenapa pengguna memilih perkhidmatan kenderaan penumpang seperti GrabCar atau Uber, tetapi kali...
-
KUALA LUMPUR - Pendapatan isi rumah bulanan penengah Malaysia pada 2014 meningkat 11.7 peratus setahun kepada RM4,585 berbanding RM3,626 pad...
-
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Para peniaga yang melakukan penipuan melalui perniagaan dalam talian boleh didenda mengikut Akta Perlindungan Pengguna...
-
Seramai 216,048 (56 peratus) Graduan Universiti Menganggur Daripada 385,800 Penganggur di Malaysia. Apakah Punca dan Masalahnya? Yang ...
-
Kebanyakan orang membeli emas hanya untuk tujuan pelaburan, atau mempunyai untuk perlindungan terhadap ekonomi. Tetapi emas bukan semua tent...
-
Kejatuhan harga emas ini seringkali menjadi titik pertanyaan bagi sang pelabur-pelabur emas. Anda sebagai pelabur emas baru mestilah faham ...
-
Sebagai seorang isteri, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suam...
No comments :
Post a Comment