Friday, 14 November 2014
Denda Para Peniaga Yang Menipu
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Para peniaga yang melakukan penipuan melalui perniagaan dalam talian boleh didenda mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan denda sehingga RM200,000 dan hukuman penjara maksimum lima tahun.Ahmad Bashah Md. Hanipah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, akta tersebut yang dikuatkuasakan pada Julai tahun lalu adalah bagi melindungi pengguna yang terdedah kepada risiko penipuan internet.
Katanya, setiap peniaga juga perlu mendapatkan lesen perniagaan dan memaparkan maklumat tersebut di dalam laman sesawang sebagai panduan kepada pengguna yang mahu menggunakan perkhidmatan ditawarkan.
“Bagi peniaga individu, kesalahan pertama boleh menyebabkan mereka didenda RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali manakala kesalahan kedua memperuntukkan denda RM100,000 dan penjara tidak lebih lima tahun.
“Sekiranya penipuan dilakukan oleh perbadanan atau pertubuhan, hukuman denda bagi kesalahan pertama adalah tidak melebihi RM100,000 manakala kesalahan seterusnya boleh didenda maksimum RM200,000,” katanya dalam jawapan lisan kepada soalan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam soalannya, Irmohizam berkata, banyak aduan telah dikemukakan oleh generasi muda akibat tertipu dengan perniagaan internet justeru kaedah penyelesaian melalui penguatkuasaan perlu dijalankan.
Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, lapan syarat ditetapkan untuk perniagaan internet antaranya peniaga perlu memaparkan nama individu atau syarikat dan lesen di dalam laman sesawang syarikat berkenaan.
“Syarat-syarat lain adalah peniaga perlu paparkan ciri-ciri barang yang hendak dijual, harga serta kos penghantaran, kaedah pembayaran, terma dan syarat urusniaga serta anggaran masa penghantaran,” jelas beliau.
Tambahnya, bermula Januari hingga November tahun ini, pihaknya telah menerima sebanyak 1,047 aduan yang dibuat melalui laman sesawang justeru siasatan dan beberapa tindakan susulan telah diambil untuk menyelesaikannya.
Ahmad Bashah Md. Hanipah
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Popular Posts
-
1. Punggung Punggung rupanya menduduki peringkat pertama bagian tubuh lelaki yang disukai kaum hawa. Ini menunjukkan wanita tidak jauh be...
-
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Perkhidmatan monorail di bandar raya ini tergendala selepas satu daripada tayar getah sebuah trennya yan...
-
Baru-baru ini viral tentang gelaran Dr. Azizan Osman bukan seorang yang mempunyai pendidikan dan sijil Ph.D . Oleh kerana isu itu melibat...
-
Bagaimana kaedah merawat ekzema kering secara semulajadi? Ya, pada tulisan terbaru kami kali ini akan membincangkan mengenai cara merawat ...
-
Berita mengenai wanita di toreh muka baru-baru ini menjadi amat viral di Facebook . Semua bercerita tentang sikap kemanusiaan . Ada pihak ya...
-
Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh (namanya dirahsiakan)…Kisah ini amat menyent...
-
KUALA LUMPUR - Pendapatan isi rumah bulanan penengah Malaysia pada 2014 meningkat 11.7 peratus setahun kepada RM4,585 berbanding RM3,626 pad...
-
Alor Gajah: “Babi hutan itu keluar dari semak secara mengejut menyebabkan seorang penunggang motosikal merempuhnya dan penunggang berkenaan...
-
SHAH ALAM - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sudah mengarahkan siasatan segera dijalankan berhubung tindakan lima sau...