Showing posts with label tempatan. Show all posts

Sunday, 13 November 2016

10 Anggota Badan Lelaki Yang Wanita Lihat !!

No comments :


1. Punggung
 

Punggung rupanya menduduki peringkat pertama bagian tubuh lelaki yang disukai kaum hawa. Ini menunjukkan wanita tidak jauh berbeza dari lelaki. Beberapa wanita menyatakan mereka menyukai punggung berbentuk “setengah bulan”, sementara yang lain lebih suka punggung “sedikit berbelok”.





2. Penis/Zakar ( Mr. P )
 

Sudah semestinya wanita mahukan Mr.P dari lelaki. Survei mengungkapkan para wanita tidak mengkhususkan pada masalah ukuran Mr. P, seperti kata pepatah “size doesnt matter”, masih tetap berlaku. Tetapi yang lebih penting banyak wanita menyebutkan daerah sekitar Mr. P sangat penting, diantaranya warna kulit Mr. P , tidak terlalu berurat, tidak terlalu pendek, tidak terlalu besar, tebal & juga menjadi perhatian kaum hawa adalah aroma Mr. P. lelaki sangat disarankan agar senantiasa menjaga kesihatan sehingga tidak menghasilkan aroma yang menyengat bagi ciuman wanita.






3. Perut
 

Tidak menghairankan sebagian besar wanita menyenangi perut lelaki yang rata. Beberapa wanita tidak menginginkan perut yang berotot, tetapi perut yang rata lebih baik.

4. Pinggul
 

Wanita yang memiliki pinggul lebih kecil tampak lebih baik. Wanita ternyata juga suka lelaki yang berpinggul sempit. Ini sangat wanita suka terutama saat berhubungan intim.

5. Tangan
 

Dalam survei lain wanita menyebutkan tangan seorang lelaki mengatakan banyak hal tentang dirinya. Ini mengacu pada hal lain seperti apa yang ia dapat lakukan dan apa yang ia pancarkan tentang dirinya pada dunia, semua berasal dari tangan. Intinya wanita suka menjilat jari-jari lelaki kerananya tetap memiliki tangan yang selalu bersih dan sihat sangat penting bagi kaum lelaki.

6. Lidah
 

Salah satu bakat lelaki yang dikagumi wanita ialah kemampuan lelaki menggunakan lidahnya. Banyak wanita menyatakan bahwa lidah adalah otot terkuat dalam tubuh meskipun hal ini masih diperdebatkan. Lidah dapat digunakan untuk ciuman, selain dipakai saat melakukan oral seks, lidahlah yang paling banyak berperanan.

7. Bibir
 

Wanita menyenangi bentuk bibir yang penuh tidak hanya untuk daya tarikan tetapi bagi sesuatu yang lebih intim yang dapat dilakukan bersama. Tetapi wanita memiliki minat berbeza-beza, ada yang suka suka bibir yang tebal bagian bawah.

8. Otot Lengan
 

Otot lengan yang sedikit berisi tidak hanya menggambarkan kekuatan, juga mencerminkan perawatan yang baik. Seperti juga dada, wanita senang melihat otot biceps saat mengenakan sweater/t-shirt.

9. Dada
 

Semua lelaki umumnya menyukai sepasang payudara yang seksi, begitu juga wanita memiliki selera sama saat melihat dada lelaki. Sebagian besar wanita mengatakan mereka penasaran apa yang ada di sebalik pakaian lelaki.

10 Bahu
 

Dalam survey tersebut, para responden menyatakan bahawa bahu adalah urutan ke-10 dari bagian tubuh lelaki yang disukai. Wanita menyukai lelaki berbahu lebar sebagai tanda kekuatan & maskulin. 

Wednesday, 26 October 2016

Seramai 216,048 (56 peratus) Graduan Universiti Menganggur Daripada 385,800 Penganggur di Malaysia. Apakah Punca dan Masalahnya?

No comments :

Seramai 216,048 (56 peratus) Graduan Universiti Menganggur Daripada 385,800 Penganggur di Malaysia. Apakah Punca dan Masalahnya?


Yang mana pencapaian agak serdahana, keluar sahaja tempoh pengajian selama lebih 3 tahun dan ke atas contohnya, keluar-keluar sahaja sudah memikul hutang sekurang RM15,000 dan ke atas berdasarkan kos di tempat pengajian masing-masing yang mereka pernah turunkan tandatangan akur janji sebelum ini.

Malangnya, “mimpi indah” yang diharapkan kalangan anak muda dan graduan universiti bagi mengisi jawatan kosong secepat mungkin, sebenarnya tidak semudah yang mereka sangkakan.
Berdasarkan kajian yang dihasilkan oleh sebuah syarikat Manpower Staffing Services (M) Sdn Bhd melalui pengurusnya Sam Haggang mendapati :
  • 3 daripada 5 graduan universiti akan mengambil masa lebih daripada 6 bulan bagi mengisi jawatan kosong yang ada di Malaysia. Bagaimana anak muda di sini? Setuju dengan kaji selidik ini?
  • Manakala 40% yang lain, mengambil masa lebih lama untuk mengisi jawatan kosong yang ada.

Punca Graduan Universiti Susah Isi Jawatan Kosong Sekarang?

Walaubagaimanapun, hasil kajian yang dihasilkan oleh Jobstreet menunjukkan di sini terdapat beberapa faktor menyebabkan ramai graduan universiti di luar yang masih menganggur. Antara puncanya ialah :
  1. Masalah penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah : 56%
  2. Masalah sikap dalam diri yang teruk : 37%
  3. Mengharapkan gaji yang tidak realistik : 33%
  4. Kemahiran yang ada tidak berpadanan dengan kehendak pasaran : 30%
  5. Terlalu memilih kerja dan syarikat : 28%
  6. Tiada kemahiran menyelesaikan masalah : 26%
  7. Tahap pengetahuan yang lemah : 24%
Sedangkan majikan hari ini melihat dan menilai calon-calon yang dapat memenuhi kriteria seperti di bawah ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Manpower Inc. pada tahun 2008, antara lainnya ialah:

Punca Graduan Universiti Tidak Capai Kehendak Pasaran Pekerjaan & Jawatan Kosong di Malaysia?

Melihatkan kepada faktor masalah graduan universiti menganggur yang semakin bertambah saban tahun ditambah dengan kehendak majikan hari ini, terdapat “masalah yang terus bernanah” yang masih belum mampu dirawati sehingga ke hari ini kepada kalangan anak muda. Semuanya apabila Berita Semasa melihat kepada laporan International Student Assessment (PISA) yang menilai kepada kemahiran dan kekreatifan menyelesaikan sesuatu masalah pada tahun 2012 yang meletakkan :
  • Malaysia di tangga ke 39 daripada 44 negara
  • Anak muda di Malaysia dilihat tidak disediakan persekitaran yang kondusif dan juga tidak dilatih kemahiran yang benar-benar diperlukan di tempat kerja kelak
  • Daripada 100 anak muda di Malaysia, hanya 1 orang sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang paling kompleks berbanding 1 daripada 5 anak muda dari Singapore. Jepun dan juga Korea Selatan
Malah Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini telah mengariskan beberapa masalah yang perlu diselesaikan segera bagi meningkat tahap mutu pendidikan di Malaysia antaranya :
  • 93% daripada pemohon Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) berada di bawah tahap pencapaian minimum dalam akademik pada tahun 2010
  • 67% daripada guru-guru yang menduduki ujian “Cambridge Palcement Test” gagal mencapai tahap penguasaa yang diperlukan untuk mengajar Bahasa Inggeris pada tahun 2012
  • 50% daripada pengajaran hanya memfokuskan kepada pemahaman kandungan yang agak minimum berbanding mengalakkan anak murid berfikir secara kritis


Dan Berita Semasa ambil contoh dalam industri ICT, hasilnya amat menyedihkan merujuk kepada kajian yang dilakukan oleh PIKOM dan juta Portal Jobstreet pada Jun 2014 mendedahkan berlakunya jurang gaji dan pendapatan yang besar melibatkan profesional ICT di Malaysia berbanding negara-negara lain seperti China, Hong Kong, Vietnam, Singapore, Thailand.
Hakikatnya, profesional Malaysia dibayar pada gaji dan pendapatan yang rendah dibandingkan negar-negara Asia Pasifik yang lain pada paras antara 10% – 30% lebih rendah berbanding negara-negara jiran serantau kita. Apa pendapat anda pula, ada cadangan untuk menyelesaikan isu dan masalah ini?  

sumber : sini

Saturday, 22 October 2016

Anda telah habiskan 33 jam sehari untuk TV, Internet

No comments :
Satu kajian terhadap golongan belia di Malaysia menunjukkan bahawa golongan belia menghabiskan masa mereka selama kira-kira 32.6 jam setiap hari melakukan aktiviti yang berkaitan media.
Ia seperti menonton TV, melayari Internet, mendengar radio dan membaca majalah. Macam mana boleh jadi 32.6 jam? Tidakkah kita hanya mempunyai 24 jam dalam satu hari?
Teknologi membolehkan kita untuk membuat pelbagai tugasan pada satu masa yang sama. Ketika kita sedang bercakap di telefon, kita juga sedang menonton televisyen, memeriksa akaun Facebook atau mendengar muzik pada masa yang sama.
Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa daripada 32.6 jam tersebut, 26.8 jam telah digunakan untuk melakukan aktiviti berbentuk sedentari atau aktiviti secara bersendirian, tanpa adanya interaksi dengan keluarga dan rakan-rakan.
Kanak-kanak pula telah menghabiskan kira-kira 5.3 jam di sekolah, 3.3 jam di Internet, 2.5 jam untuk menonton televisyen, 1.3 jam dengan telefon dan 6.8 jam untuk tidur. Tidak ada banyak masa yang tersisa untuk aktiviti bersama ahli keluarga.
Masalah ini bukan sahaja berlaku kepada kanak-kanak, tetapi juga kepada orang dewasa. Secara purata rakyat Malaysia melayari Internet selama lebih kurang 20 jam setiap minggu.
Lebih daripada separuh, iaitu 53 peratus pengguna digital di Malaysia melayari Internet setiap hari, manakala 35 peratus melayari Internet beberapa kali dalam seminggu. Selain itu, sebanyak 10.6 jam seminggu telah digunakan untuk menonton televisyen.

Telefon pintar dan komputer berbentuk tablet semakin diminati di Malaysia.
Dalam satu kajian terhadap isi rumah pengguna digital, pemilikan telefon pintar dijangkakan menghampiri dua kali ganda dalam tempoh 12 bulan akan datang, iaitu mencapai 89 peratus (meningkat daripada 48 peratus pada masa ini), kepada semua pengguna digital yang berumur 15 tahun dan ke atas.
Manakala pengguna tablet pula meningkat sebanyak 75 peratus (18 peratus pada masa ini). Ini bermakna rakyat Malaysia akan menghabiskan lebih banyak masa mereka dengan Internet.
Permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna terhadap media dan peranti berkemampuan Internet juga telah meningkatkan peluang untuk menggunakan media secara serentak.
Lebih daripada dua pertiga (71 peratus) daripada responden mengatakan bahawa mereka menonton TV dan melayari Internet pada masa yang sama.
Manakala, komputer tetap merupakan platform utama untuk kegunaan yang serentak, 11 peratus pengguna digital mengatakan mereka menonton TV dan mengakses Internet dengan telefon bimbit mereka dalam satu masa.
Dengan jumlah masa yang banyak digunakan untuk media berskrin, maka ia juga menyebabkan masa yang berkualiti untuk bersama-sama keluarga dan rakan-rakan semakin berkurang.
Kita sendiri boleh perhatikan tentang golongan muda yang khusyuk dengan telefon pintar mereka, walaupun ketika waktu makan malam bersama-sama keluarga mereka. Keadaan semakin buruk sekiranya mereka menggunakan Internet di dalam bilik tidur, yang menyebabkan perhubungan sesama keluarga semakin renggang.
Satu kajian antarabangsa pula mendapati rakyat Malaysia paling ramai mempunyai rakan Facebook, iaitu purata 233 orang dalam setiap akaun. Rakyat Malaysia juga telah menghabiskan masa selama 9 jam seminggu di Facebook, yang merupakan antara yang tertinggi berbanding dengan negara-negara lain.
Pada masa ini terdapat lebih daripada 10 juta pengguna Facebook di Malaysia. Statistik turut menunjukkan bahawa kita mungkin mempunyai lebih banyak rakan 'digital' berbanding dengan rakan-rakan 'sebenar'.
Teknologi komunikasi telah menukar cara seseorang berhubung dengan rakan atau ahli keluarga mereka daripada bersemuka kepada penggunaan teks di skrin.
Masa yang banyak dihabiskan di skrin telah menyebabkan rakyat Malaysia semakin kurang melakukan aktiviti yang bersifat aktif. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006, menunjukkan 43.7 peratus rakyat Malaysia tidak menjalani hidup secara aktif.
Kajian yang sama menunjukkan 45.6 peratus orang dewasa di kawasan bandar kurang aktif berbanding dengan orang dewasa di kawasan luar bandar. Gaya hidup yang tidak aktif merupakan salah satu penyebab kepada penyakit obesiti.
Terdapat kira-kira 43 peratus orang dewasa, 20 peratus remaja dan 26 peratus pelajar sekolah rendah didapati mengalami berat badan yang berlebihan atau obes. Justeru, marilah sama-sama kita menutup peralatan berskrin dan mulai melakukan aktiviti sukan dan rekreasi yang boleh mengeluarkan peluh, berbanding dengan menghabiskan masa selama 5.6 jam seminggu bermain permainan dalam talian.

Sunday, 16 October 2016

Punca Abang Teksi Ini Berhijrah Kepada GrabCar !!

No comments :

KITA mungkin sudah biasa mendengar alasan kenapa pengguna memilih perkhidmatan kenderaan penumpang seperti GrabCar atau Uber, tetapi kali ini kita dengarkan perkongsian temu bual dengan seorang bekas pemandu teksi yang kini berhijrah kepada GrabCar.

Hanya mahu dikenali sebagai Hanif, bekas pemandu teksi bajet  Kuala Lumpur berusia pertengahan 30-an ini meluangkan masa hampir sejam bercerita kepada kami mengenai sebab-sebab dia beralih arah daripada pemandu teksi kepada GrabCar. Sebagai makluman, segala perbualan di bawah sudah disunting dan diolah semula bagi memudahkan pemahaman pembaca dan kami tidak dibayar untuk menyebelahi mana-mana pihak.


Sudah berapa lama abang bawa teksi?
Tidaklah lama sangat. Sejak 2012.
Bila pula masuk GrabCar?
Baru saja tiga bulan.
Mana lagi untung, GrabCar atau Teksi?
Sebenarnya, untung lebih kurang sama saja. Cuma bawa teksi ni leceh, banyak masalah dan kerenah. GrabCar lebih mudah.
Kenapa pula untung GrabCar dan Teksi lebih kurang sama saja?
Banyak kira-kiranya sebab masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Contohnya; tambang teksi lebih mahal dan kos minyak rendah sebab pakai gas (NGV), tetapi kekurangan teksi ialah pemandu macam abang dulu kena bayar 40 ringgit sehari kepada syarikat teksi, bersamaan RM1,200 sebulan. Kerja atau tak kerja mesti kena bayar.
GrabCar pula tambangnya murah sedikit dan kos minyak tinggi sebab guna petrol. Tapi bagusnya, abang tak perlu lagi nak bayar bulan-bulan. Kos petrol abang buat GrabCar sekarang ini pun tak cecah sampai RM1,200 sebulan. Kalau ada rezeki lebih, insya-Allah abang akan pasang tangki NGV.
Keseluruhannya, selepas ditolak campur, sama sahaja keuntungannya.
Bukankah GrabCar pun ada kenakan caj?
Memang ada. Tapi GrabCar tidaklah letak caj tetap 40 ringgit sehari macam syarikat teksi. Caj dikenakan bagi setiap trip penghantaran sahaja. Contohnya, kalau trip tu abang dapat RM10, GrabCar akan ambil 20 peratus atau RM2. Tapi, kalau tak buat apa-apa trip, mereka tak caj apa-apa pun. Cara GrabCar macam lebih adil.
Apa yang tidak adil dengan teksi?
Iyalah, kami bukan robot. Ada masa kami sakit, ada masa kami ada urusan peribadi dan keluarga serta hal-hal kecemasan. Bayangkan masa bawa teksi dulu abang pernah terlantar sakit selama seminggu. Sebaik saja sembuh terus kerja macam nak gila sebab fikir nak kejar 40 ringgit sehari yang sudah tertangguh seminggu. Hati rasa berat, tak tenang. Bila buat GrabCar, kalau ada hal kecemasan tak adalah kepala asyik fikir nak bayar duit bulan-bulan kat orang lain. Nak pergi bercuti pun senang.
Bukankah bayaran bulanan teksi itu boleh dianggap sama saja dengan komitmen lain macam ansuran kereta dan pinjaman perumahan?
Macam sama tapi tak sama. Ansuran kereta atau apa-apa pinjaman ialah komitmen yang kita cari sendiri dan boleh dielakkan. Ada pilihan di situ. Sebaliknya, teksi ialah benda (medium) kami cari makan. Macam orang kerja ofislah, mereka bekerja guna laptop atau komputer. Kalau kita bos, takkanlah kita nak suruh staf bayar sewa laptop? Nak caj boleh. Tapi berpada-padalah, mesti ada timbang rasa.
Kalau tak silap, pemandu teksi diberikan tempoh masa sebelum status teksi diubah kepada pemilikan individu. Tak perlu lagi bayar kepada syarikat teksi?
Ya, tapi tempoh tersebut agak lama dan meletihkan. Ramai yang surrender. Ikut oranglah. Orang macam abang memang tak tahan. Mungkin sebab kena ikut banyak peraturan (gelak).
Peraturan macam mana?
Kena buat pemeriksaan Puspakom, kena pakai kemeja putih, kena bayar bulan-bulan. Kereta mesti kena standard. GrabCar tak wajibkan semua itu. Mereka cuma kenakan syarat usia kereta mesti tidak lebih lima tahun. Duit pengeras (deposit) pun tak ada.
Kalau tak ada pemeriksaan Puspakom bermakna kereta pemandu GrabCar tidak selamat?
Logiknya, mana satu lebih selamat, kereta berusia bawah lima tahun atau teksi berusia 20 tahun yang Puspakom periksa? Itu baru isu selamat, sekarang jawap pula soalan ini, mana lagi selesa, kereta lima tahun atau teksi 20 tahun?
Lagi satu, abang malaslah nak buka cerita pasal duit tepi untuk cepatkan proses pemeriksaan Puspakom. Tanyalah pemandu teksi lain kalau tak percaya. Ada teksi dah macam nak luruh enjin tapi masih dibenarkan bergerak atas jalan. Ini yang buat pelanggan marah sebab bayarannya sama, tapi naik teksi yang keadaannya sendiri mahu ingatlah.
Tapi, kereta pemandu GrabCar tak ada ujian Puspakom!
Maaf cakap, ujian Puspakom mengarut! Sepatutnya, pengangkutan awam seperti bas sahaja diwajibkan ujian Puspakom. Teksi tak payahlah. SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) patut lantik bengkel-bengkel panel dan biarkan pemandu teksi hantar servis sendiri.
Apa relevan pemeriksaan Puspakom? Sebagai pemandu teksi, kereta itulah punca rezeki  dan sudah tentulah abang mahu kereta berada dalam keadaan baik. Macam pemotong kayu yang perlukan kapak tajam untuk tebang pokok. Takkanlah dia mahu kapaknya tumpul. Buat apa dia nak susahkan kerja sendiri. Jadi, dia pasti akan tajamkan kapaknya. Kenapa perlu orang lain sibuk-sibuk nak periksa kapak dia tajam atau tak?
Kereta buat GrabCar sekarang pun abang servis ikut masa bila sampai tempoh. Lagipun kereta sendirikan? Kereta cari makan pula tu.
Ramai pemandu teksi yang kerja betul-betul dan ramai juga yang buat kerja teruk. Syarikat teksi dan SPAD ambil tindakan apa?” – Hanif, bekas pemandu teksi
Abang ada cakap tadi, untung GrabCar dan teksi lebih kurang sama saja. Kenapa tidak terus bawa teksi yang sah undang-undang?
Betul. Beza untung dan pendapatan antara GrabCar dan Teksi tak adalah ketara sangat. Pekerjaan memandu ini termasuk dalam kategori membanting tulang. Kalau kerja atau usaha lebih, dapatlah lebih. Jangan ingat perangai malas kita masa bawa teksi dulu akan buatkan kita untung lebih bila buat GrabCar.
Apa yang berbeza ialah cara kita bekerja dan dilayan. Walaupun pemandu GrabCar nampak lebih bebas dan santai, tapi kami terikat dengan garis panduan. Servis kami akan sentiasa dinilai mengikut rating bintang yang diberikan pelanggan. Jika teruk, kami akan digugurkan sebagai pemandu GrabCar. Bunyi macam menakutkan, tetapi apa mahu takut kalau servis kita bagus. Macam orang meniaga jugalah. Mesti kena senyum, manis muka dan beri layanan terbaik.
Tetapi, bagaimana SPAD pantau servis pemandu teksi? Apa mekanismenya? Keputusannya bertambah baik atau tiada apa-apa? Bukalah laman web, semua orang komplen pasal teksi Malaysia. Pelancong luar negara pun sesama mereka bagi tip supaya sesiapa yang datang Malaysia jangan naik teksi. Bacalah reviu Internet.
Kalau GrabCar bagus, kenapa pemandu teksi mogok bantah?
Siapa cakap? Bukan semua bantah. Sebenarnya ramai kawan abang yang dulu bawa teksi, tapi sekarang buat GrabCar sepenuh masa. Ada yang buat dua-dua, teksi dan GrabCar! Mereka yang bantah itu rata-ratanya golongan pemandu teksi senior atau kumpulan buta IT.
Pendek kata, mereka tak nak berubah sebab selesa dengan cara lama. Padahal pelanggan semakin hari semakin cerewet dan memilih. Tapi mereka peduli apa? Bayangkanlah semua pemandu teksi buat protes dengan berhenti jadi pemandu teksi dan daftar GrabCar. Tengoklah macam mana orang-orang atas sana melompat nanti. Barulah nak diubah itu ini. Barulah nak ambil hati pemandu teksi.
Apa insentif mereka bagi kepada pemandu teksi? Ramai pemandu teksi yang kerja betul-betul dan ramai juga yang buat kerja teruk. Syarikat teksi dan SPAD ambil tindakan apa? Berani ke buang mereka? Isunya mudah saja, bila kita beri servis bagus, pelanggan cari kita. Tambang mahal atau murah itu jatuh nombor dua

sumber : Pandulaju

Wednesday, 28 September 2016

"Dr" Azizan Osman Lakukan Jenayah Penipuan ?

No comments :
Baru-baru ini viral tentang gelaran Dr. Azizan Osman bukan seorang yang mempunyai pendidikan dan sijil Ph.D . Oleh kerana isu itu melibatkan Universiti Malaya, akhirnya UM telah mengeluarkan kenyataan di Facebook mereka.





Walaupun ada segelintir netizen menyokong gelaran "Dr" dan tidak mempedulikan hal tersebut . Rakyat Malaysia perlu sedar, jenayah tetap jenayah .

Sila baca petikan yang kami ambil dari Berita Harian di bawah :

--- Khamis, 23 April 2015 ---


Membendung profesor, gelaran PhD palsu

Beberapa hari lalu, Majlis Profesor Negara (MPN) melancarkan buku Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor bagi mengangkat kredibiliti profesion dan imej ahli akademik di Malaysia bertujuan menjelaskan penyalahgunaan gelaran profesor pada pangkal nama atau kad nama. Bahkan sudah ramai menyalahgunakan ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD) sama ada dibeli menerusi online, diplagiat atau mengupah orang menyediakan tesis bagi tujuan penipuan dan komersial. 


Banyak kes seperti ini sama ada di Malaysia ataupun luar negara termasuk negara maju yang menjadi hab pengajian tinggi. Beberapa tahun lalu, bekas Pengarah Kanan dan Ketua Pegawai Maklumat, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS), Laura Callahan meletak jawatan selepas didapati membeli Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD secara dalam talian. Kes ini menggegarkan keselamatan Rumah Putih kerana dilihat seolah-olah tidak menyemak latar belakang sebelum mengambil beliau bertugas. AS mengeluarkan 50,000 ijazah PhD seluruh dunia, bernilai RM3.6 bilion (AS$1 bilion) setahun. 


Di Pakistan pula ada banyak universiti melantik profesor kelulusan PhD palsu dan ia menjejaskan kredibiliti universitinya. Pembabitan 'profesor segera' ini merosakkan imej dan mutu pengajian terutama bidang perubatan. Di Russia, ijazah palsu dapat dibeli dengan harga RM3,000. Ada juga sindiket mengeluarkan ijazah palsu atas nama Universiti Harvard - pusat pengajian tinggi terbaik di dunia, dengan harga RM120,000. Sedia khidmat ijazah palsu Malah, sebuah laman sesawang menyediakan perkhidmatan mengeluarkan ijazah palsu, termasuk PhD dari pusat pengajian tinggi dengan bayaran RM240. Tawaran ini jadi lebih menarik apabila mereka bebas memilih apa sahaja bidang dikehendaki atau mana-mana universiti untuk diisi dalam ijazah palsu itu. 


Ijazah palsu membabitkan universiti Malaysia mula dikesan susulan kes penipuan untuk mendapat kelulusan Universiti Sains Malaysia (USM) beberapa tahun lalu. Selain kes sijil palsu USM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara. Pembelinya terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri. Syarikat mengenakan harga RM6,500 bagi ijazah Sarjana Muda, RM8,500 (Sarjana) dan RM10,500 (PhD) dalam pelbagai jurusan kononnya diiktiraf lima universiti luar negara, antaranya Universiti Rockhampton, Universiti Harvey International, Universiti Cannington Brook dan Universiti Charles Molnar.






Ramai orang 'sakit jiwa', pemalas dan suka menipu mencari jalan pintas, cepat, tidak perlu belajar untuk mendapatkan ijazah secara mudah, dalam tujuh hari sedangkan pelajar universiti menghabiskan tiga hingga enam tahun untuk mendapatkan diploma dan ijazah. Bukan mudah untuk mendapat PhD kerana memakan masa lama. Perlu berkorban wang ringgit, keluarga dan masa. Perbuatan segelintir mereka ini adalah tidak adil kepada pemilik ijazah sebenar. Mereka yang terbabit dalam kes pemalsuan ijazah, biasanya bijak bercakap tetapi isinya kosong dan hanya boleh dikesan sesetengah pakar apabila dibandingkan dengan kelulusan diperoleh. 



Selalunya orang yang gagal dalam pelajaran dahagakan pengiktirafan, lebih-lebih lagi orang yang baru dikenali. Mereka mahu dipandang tinggi, berilmu, berkebolehan dan boleh dijadikan pakar rujuk. Perdaya orang Mereka bangga memperkenalkan diri sebagai 'Dr' dan profesor memperdayakan orang sedangkan hanya tamat Tingkatan Tiga ataupun Tingkatan Lima. Kadangkala dengan gelaran 'Dr' dan profesor yang dijaja sebagai pakar motivasi, MLM, penjual produk kosmetik dan ahli perniagaan, mereka dapat lebih peluang dan keutamaan menjawat jawatan penting seperti pengarah dan perunding dalam organisasi serta senang mendapat kontrak projek. 


Ditambah pula dengan sikap orang ramai mudah percaya dengan kepetahan bercakap tanpa meneliti latar belakang pengajiannya, selain kelemahan majikan di Malaysia yang hanya melihat rekod jenayah pemohon pekerjaan tanpa menitikberatkan status pendidikan menyebabkan kegiatan membeli ijazah sarjana dan PhD palsu semakin berleluasa. Satu pusat menyimpan data graduan mesti ditubuhkan untuk mengelak kes pemalsuan ijazah dan semua sijil dicetak Percetakan Nasional yang mempunyai tahap sekuriti tinggi. 


Seseorang bergelar Tan Sri, Datuk, ahli perniagaan dan pakar motivasi tidak berintegriti dan patut merasa jijik memiliki ijazah palsu serta sanggup menggunakan gelaran doktor atau profesor. Mereka patut malu kepada masyarakat bahkan kepada ahli keluarga yang mengetahui taraf pendidikan dimiliki. Adalah wajar sesiapa yang menggunakan sijil palsu dihukum mengikut Seksyen 471 dan 468 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum tidak lebih daripada tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya. 


Penipuan sijil palsu perlu dibendung agar tidak merebak dan kelak disalah guna warga asing ketika Malaysia mengambil pelbagai usaha menjadikan negara sebagai hab pengajian tinggi. 


Penulis ialah Presiden Transparensi International Malaysia


Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/49221

Monday, 4 July 2016

Arlina Banana Sakit Mental ?

No comments :
Menjadi individu yang berbadan besar bukan satu masalah yang besar, tetapi menjadi individu yang bersaiz besar dan berada dalam kalangan masyarakat Malaysia yang kurang kesedaran adalah masalah yang sangat perlu kita takuti.

Isu terbaru tentang perancangan Arlina Banana untuk membunuh diri memberi banyak komen negatif terhadap selebriti tersebut.

Ini akan membuatkan individu tersebut akan merasai tekanan yang kuat lebih dari sebelumnya. Apa yang masyarakat perlu lakukan adalah memberi sokongan moral dengan penuh bijaksana.

Terdapat satu penyakit mental yang membuatkan seseorang akan cuba merancang untuk membunuh diri yang di panggil Bipolar Disorder .< -- Klik untuk info



Video di atas adalah mengenai penyakit Bipolar Disorder .




 Kita seharusnya lebih matang dalam menilai setiap individu .

Monday, 22 June 2015

Bukit Putus simpan 1001 misteri

No comments :


BUKIT Putus, bukan setakat penduduk Negeri Sembilan kenal dengan nama gah ini, malah masyarakat luar juga mengetahui tentangnya. Seperti ular kena palu, begitulah rupa paras jalan yang satu ketika dahulu menjadi laluan utama dari Seremban ke Kuala Pilah.

Tapi apabila jalan baharu sejauh 6.9 kilometer dibuka secara rasmi pada 25 November 2009, jalan berkelok 32 itu, dari hari ke hari semakin ditinggalkan sepi. Namun Bukit Putus ada menyimpan 1001 rahsia. Dari cerita mistik hinggalah perancangan untuk menceriakan kembali laluan itu.

Tidak menepati kehendak! Itu respons editor selepas gambar dikirim kepadanya. Sekali lagi saya perlu ziarah kawasan itu. Rasanya belum sampai pun suku perjalanan, dari jauh kelihatan sekumpulan anjing dan monyet di tengah-tengah jalan.

Ini peluang baik! Tapi apabila kereta semakin menghampir, kumpulan binatang itu cabut lari ke dalam hutan di kiri dan kanan.

Hati terasa rugi kerana tidak dapat merakam gambar 'mereka'. Saya matikan enjin lalu keluar dari kereta dan kemudian menjengah di tepi lembah yang penuh dengan pokok-pokok tinggi.

Mana tau kalau-kalau kumpulan monyet tadi ada di situ, ada juga rezeki untuk merakam aksinya sedang bergayutan. Hampa. Hanya suara nyaring sang monyet sahut menyahut dari kejauhan yang kedengaran. Anjing-anjing tadi pula entah hilang ke mana.

Mata meliar memerhati kiri dan kanan. Tiba-tiba datang deru angin agak kuat dari arah belakang. Riuh suara monyet tidak kedengaran lagi. Suasana jadi sunyi sepi. Dan sepantas itu juga jantung berdegup laju. Bulu roma menegak, saya terasa seram...

Bukit Putus saya tinggalkan. Maaf puan editor. Saya gagal untuk merakam gambar dikehendaki kerana seram yang saya rasa mengatasi segalanya. Ya, rasa seram itu benar-benar muncul waktu kali kedua saya ke Bukit Putus untuk tugasan laporan khas kali ini.



Legenda raksasa bergaduh

Sehingga hari ini bagaimana wujudnya nama Bukit Putus masih tidak diketahui dengan jelas. Hanya satu saja kisah legenda yang pernah sampai ke telinga pada zaman kanak-kanak dahulu. Nenek pernah bercerita kononnya dulu ada kejadian raksasa bergaduh hingga berparang.

Dalam pergaduhan itu, salah satu raksasa tersebut yang mahu menetak lawannya tertetak bukit tersebut sehingga terputus-putus dan kerana itu ia dinamakan Bukit Putus.

Laluan berusia lebih 40 tahun itu tidaklah terlalu panjang. Hanya lapan kilometer sahaja. Empat kilometer ke puncak dan empat kilometer lagi ke kaki bukit.

Laluan berliku dan berbukit ini kurang disukai pemandu. Selekohnya tajam. Jalannya sempit. Mengerikan bagi pemandu baharu yang baru pertama kali melaluinya.

Mengenang Bukit Putus juga boleh menjadikan bulu roma meremang kerana banyak cerita mistik tersebar dari mulut ke mulut.

Antaranya kisah seorang lelaki mengilai tanpa kepala di satu pokok besar dekat sebatang selekoh. Ada juga yang nampak sekumpulan manusia sedang berjalan mengusung keranda membawa obor dan ada juga yang melihat ‘pocong’ berdiri di kaki bukit.

Cerita bantal peluk bergolek mengejar kenderaan, bebola api berterbangan di sekitar jalan, gerai misteri yang berniaga di tengah malam sehinggalah cerita terlihat sepasang manusia lelaki dan wanita melapah daging monyet di selekoh yang terdapat juraian air bukit.


Kereta tiba-tiba jadi berat

"Waktu itu tahun 2002, jam 2.30 pagi dari arah Seremban. Masa itu, jalan lengang langsung tiada kereta atau lori. Saya pun tidak fikir apa-apa, sehinggalah berhampiran Kem Pengakap sebelah kiri, tiba-tiba kenderaan saya jadi berat. Memang nak naik ke jalan itu agak payah," kata Ismail Shah Abd Samad.

Katanya, dia hanya terfikir keretanya rosak kerana kenderaan itu sering meragam.

"Saya pun lihat cermin pandang belakang, untuk lihat kalau ada kenderaan lain untuk minta bantuan. Tetapi apa yang saya nampak, objek berwarna putih dan samar-samar di bonet belakang kereta. Automatik menggigil satu badan.

"Saya teruskan perjalanan, baca ayat Kursi tetapi secara tiba-tiba bau wangi kapur barus pula datang. Memang sangat seram waktu tu. Bila tiba puncak Bukit Putus, terdengar bunyi angin kuat dan tiba-tiba juga kereta saya menjadi ringan.

"Itulah peristiwa paling saya tidak boleh lupakan sehingga kini. Saya pernah berbual dengan pemandu lori di hentian rehat Ulu Bendul dan mereka beritahu, jam 2 pagi hingga ke 4 pagi, jalan itu akan diganggu Pontianak."


Perempuan bersama tiga anak

“Ini cerita tahun 90-an dulu. Masa tu, saya bertugas dalam JPAM. Saya berulang alik dari Felda Kepis ke Seremban. Kejadian itu berlaku selepas selesai habis bertugas. Saya gerak dari JPAM jam 12.30 tengah malam dan tiba laluan kedua selekoh jam 1 pagi dari Seremban.

"Tempatnya di kawasan kebun durian dekat selekoh paling tajam di jalan lama Bukit Putus. Masa itu naik kereta. Sebelum ini, kawan ada bagi tahu laluan itu agak scary tapi saya tidak percaya.

"Hinggalah, pada malam itu, saya ternampak seorang perempuan berjalan di tengah jalan bersama tiga anaknya dan seorang didukung.

Perasaan ketika itu, hanya ALLAH SWT yang tahu. Takkanlah, jam 1 pagi ada orang di kawasan itu dan di situ tiada rumah. Memang seram sejuk waktu itu. Saya teruskan perjalanan seperti biasa tanpa menegur perempuan itu." kata Shahrudin Abd Halim.


Orang usung keranda

"Sesiapa yang 'bernasib baik' sahaja akan diganggu oleh makhluk halus. Saya dahulu berulang alik dari Seremban ke Kuala Pilah kerana bertugas di Jabatan Pengangkutan Jalan Raya. Pernah diganggu lampu kereta tiba-tiba terpadam dan radio turut senyap. Waktu itu jam 1 pagi.

"Bila dikacau, saya teruskan perjalanan macam biasa. Dan ternampak pula sekumpulan orang mengusung keranda. Saya lega bila lihat ada orang ramai.

"Perasaan takut mula hilang. Namun bila tiba puncak bukit, tiba-tiba saya terfikir, di selekoh ketiga itu mana ada rumah orang dan baharulah saya tersedar, mungkin apa yang saya lihat bukan orang sebenar.” kata Mashitah Idris.


Jalan sunyi kenderaan berkurangan

Biarpun bilangan kenderaan menggunakan jalan Bukit Putus semakin berkurangan, malah boleh dikatakan sudah tiada, kisah mistik dan misteri itu masih terus disebarkan.

Bagaimanapun, selepas jalan baharu yang lebih pendek dan lurus dibuka dan kenderaan yang melalui jalan Bukit Putus semakin berkurangan, ada ura-ura untuk menjadikan laluan ini sebagai tempat riadah dan rekreasi.

Namun sehingga hari ini, tidak kelihatan apa-apa usaha dilakukan. Bukit Putus sudah jadi laluan sunyi. Bukan setakat manusia dan kenderaan, malah monyet dan kera yang dahulunya kelihatan banyak di tepi-tepi jalan setiap kali melalui laluan itu, kini sudah tiada.

Kalau dulu ‘mereka’ amat suka berpelesiran di tepi jalan, kini sudah tidak nampak bayang. Mungkin dulu ada saja pemandu yang melempar makanan untuk mereka menjadikan mereka gemar keluar di tepi jalan menunjukkan muka.

Tapi sekarang, tak siapa yang datang melihat lagi. Khabarnya, polis juga tidak menggalakkan pemandu melalui laluan ini terutama waktu malam kerana ada kes samun berlaku di sini.


Berpotensi jadi tarikan pelancong

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani berharap kerajaan negeri dapat membuat kajian terperinci terhadap laluan lama Bukit Putus, untuk dimanfaatkan sebagai tarikan pelancong.

Secara peribadi katanya, lokasi tersebut agak menarik berikutan keadaannya yang dilitupi kehijauan alam semula jadi di kiri dan kanan jalan, ditambah kewujudan beberapa dusun buah-buahan dan sebuah restoran di situ.

“Pada hemat saya, laluan itu sesuai dijadikan sebagai kawasan agro pelancongan atau sukan lasak misalnya maraton, longboard, berbasikal, rock climbing, meredah hutan, mendaki bukit dan pelbagai lagi.

“Ditambah laluan berliku dan mencabar, pastinya mampu menggamit penyertaan atlet antarabangsa. Memang rugi kalau dibiarkan sebab lokasi itu mudah diakses menggunakan laluan baharu, selain terletak berdekatan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas),” katanya.

Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun nyata sependapat dengan Mohamad Taufek, cuma berharap segelintir aspek dapat dipertingkatkan lagi jika cadangan sedemikian menjadi realiti.

“Selain menaiktaraf kualiti jalan, beberapa kemudahan asas perlu dibina untuk orang ramai. Penguatkuasaan juga mesti proaktif bagi memastikan keselamatan pengunjung terjamin kelak.

“Bila ada pengunjung, secara tidak langsung boleh memberi peluang kepada penduduk sekitar untuk menambah pendapatan dengan berniaga secara kecil-kecilan di sepanjang laluan penuh bersejarah itu,” katanya.

Pendapatan isi rumah meningkat kepada RM4,585

No comments :
KUALA LUMPUR - Pendapatan isi rumah bulanan penengah Malaysia pada 2014 meningkat 11.7 peratus setahun kepada RM4,585 berbanding RM3,626 pada 2012.
   
Jabatan Perangkaan berkata demikian dalam Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2014, yang mengumpulkan data berkaitan ciri-ciri isi rumah Malaysia.
   
"Penyiasatan ini telah dilaksanakan melalui kaedah temu ramah bersemuka dalam tempoh 12 bulan sepanjang 2014, merangkumi strata bandar dan luar bandar.


   
"Secara umumnya, terdapat empat punca pendapatan yang boleh diterima (terakru) oleh isi rumah iaitu pendapatan daripada pekerjaan bergaji, bekerja sendiri, pendapatan daripada harta dan pelaburan serta pindahan semasa diterima," katanya dalam satu kenyataan.
   
Pendapatan isi rumah bulanan purata Malaysia meningkat 10.3 peratus setahun kepada RM6,141 pada 2014 daripada RM5,000 pada 2012, katanya.

Jabatan Perangkaan berkata, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan pendapatan penengah tertinggi iaitu RM7,620 diikuti oleh Putrajaya (RM7,512), Selangor (RM6,214), Wilayah Persekutuan Labuan (RM5,684), Johor (RM5,197), Melaka (RM5,029) dan Pulau Pinang (RM4,702).
   
Negeri-negeri lain merekodkan pendapatan penengah di bawah paras nasional  iaitu RM4,585.
   
Menurut jabatan itu lagi, Kuala Lumpur mencatatkan pendapatan isi rumah bulanan purata tertinggi sebanyak RM10,629, diikuti dengan Putrajaya (RM10,401), Selangor (RM8,252), Labuan (RM7,591) dan Johor (RM6,207).
   
"Negeri-negeri lain merekodkan pendapatan purata di bawah paras nasional (RM6,141)," katanya.
   
Pekali Gini turun sebanyak tiga mata peratus daripada 0.431 pada 2012 kepada 0.401 pada 2014, katanya.
   
"Ini menunjukkan pengagihan pendapatan isi rumah di Malaysia bertambah baik," katanya. - Bernama

Thursday, 4 December 2014

Cerita Eqa Helena Si Mangsa Rompak, FItnah dan Dunia [ From A to Z ]

No comments :
Berita mengenai wanita di toreh muka baru-baru ini menjadi amat viral di Facebook . Semua bercerita tentang sikap kemanusiaan . Ada pihak yang menyalahkan wanita tersebut, rompakan atau dendam ?  Dan tak kurang juga dengan kisah cinta romantik tunang yang setia .

Jadi kami cuba untuk mencari segala berita yang ada agar kita lebih faham ,

Gambar di bawah adalah kesan solekan semasa mangsa belajar di Giat Mara. Beberapa tahun yang lalu, Nur Shafiqa pernah belajar di Pusat Giat Mara dan beliau telah mengikuti kelas solekan. Sehinggalah satu ketika, beliau teringin mencuba solekan ngeri yang menyerupai muka berparut selepas dikelar dengan objek tajam di bahagian muka dan dia sempat merakam gambar solekan ngeri itu di laman Instagramnya #prayforeqa.



Nampak macam kena asid daripada kena toreh .




Berita, Fitnah dan Cinta

Berita

Memang kita tidak boleh lari daripada gossip dan penambah rasa dalam melalui liku dan ranjau berduri kehidupan .

Berita yang kita dengar berlaku pada mangsa adalah mangsa telah di samun dan in gambar keadaan sedih mangsa 


Gambar Ngeri


“Kejam dooh nih (terlalu kejam).” Itu luahan bapa mangsa samun, Lah Hassan terhadap tindakan ganas perompak yang menoreh muka anaknya, Nur Shafiqa dalam kejadian di Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh, Ahad lalu.
SM belum dapat pastikan, namun menerusi fans page Friends of BN- Barisan Nasional, beberapa keping gambar Nur Syafiqa dimuat-naik. Kelihatan Nur Syafiqa sudah keluar hospital dan berada di rumahnya.
Menerusi kapsyen fans page tersebut, dikatakan Mas Ermieyati Samsudin sudah melawat Syafiqa.
Ini merupakan gambar Nur Syafiqa selepas kejadian itu. Sama-sama kita doakan semoga Nur Syafiqa pulih seperti sediakala. Ameen’
Dan kini mangsa berada dalam keadaan stabil dan kemungkinan mengalami trauma .


Sedara mara pakat turun ziarah. (tak sure)





Fitnah

Jadi di sebalik kejadian ini ada pulak pihak yang nak kasi panas cerita dengan Headline "Punca Sebenar Mangsa Kena Toreh" . Kemudian berpakat-pakat la percaya dan komen pedas di berikan . 



Siapalah kita untuk menentukan sikap Eqa Helena ni sebab kita bukan sedara pown ! . Dan mungkin Eqram Slayerz tu adalah "keyboard warrior" yang datang dari mana dan kasi panas cerita . Well Eqram Slayerz, tidak kisah cerita kikis lu betul atau tidak tetapi kalau betul ? Lu dah bukak AIB dan kalau salah ? LU dah fitnah orang .


Kisah Cinta

Mungkin bahagian ni orang perempuan paling suka .



KOTA BHARU – Mohd. Azijja Zafran Zahrani, tunang kepada Nur Syafiqa Lah yang ditoreh di muka berjanji akan setia bersama insan kesayangannya itu walaupun berkemungkinan gadis tersebut mempunyai parut kekal pada wajahnya.
Malah Mohd. Azijja, 24, juga tekad akan sentiasa bersama gadis yang dicintainya itu dalam menempuh apa jua keadaan sebelum melangsungkan perkahwinan pada Mac depan.
Pemuda yang mengikat pertunangan dengan Nur Syafiqa, 22, pada April lalu berkata, pada masa ini, dia memberikan fokus untuk memulihkan kembali semangat tunangnya itu.
‘‘Walau apa pun terjadi, saya akan terus bersama Nur Syafiqa dan kami akan meneruskan majlis perkahwinan seperti yang dirancang sebelum ini,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Cerita Penuh di sini :




Friday, 14 November 2014

Denda Para Peniaga Yang Menipu

No comments :
KUALA LUMPUR 6 Nov. – Para peniaga yang melakukan penipuan melalui perniagaan dalam talian boleh didenda mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan denda sehingga RM200,000 dan hukuman penjara maksimum lima tahun.

Ahmad Bashah Md. Hanipah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Ke­penggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, akta tersebut yang dikuatkuasakan pada Julai tahun lalu adalah bagi melindungi pengguna yang terdedah kepada risiko penipuan internet.


Katanya, setiap peniaga juga perlu mendapatkan lesen perniagaan dan memaparkan maklumat tersebut di dalam laman sesawang sebagai panduan kepada pengguna yang mahu menggunakan perkhidmatan ditawarkan.


“Bagi peniaga individu, kesalahan pertama boleh menyebabkan mereka didenda RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali manakala kesalahan kedua memperuntukkan denda RM100,000 dan penjara tidak lebih lima tahun.


“Sekiranya penipuan dilakukan oleh perbadanan atau pertubuhan, hukuman denda bagi kesalahan pertama adalah tidak melebihi RM100,000 manakala kesalahan seterusnya boleh didenda maksimum RM200,000,” katanya dalam jawapan lisan kepada soalan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Se­langor) di Dewan Rakyat hari ini.


Dalam soalannya, Irmohizam berkata, banyak aduan telah dikemukakan oleh generasi muda akibat tertipu dengan perniagaan internet justeru kaedah penyelesaian melalui penguatkuasaan perlu dijalankan.


Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, lapan syarat ditetapkan untuk perniagaan internet antaranya peniaga perlu memaparkan nama individu atau syarikat dan lesen di dalam laman sesawang syarikat berkenaan.


“Syarat-syarat lain adalah peniaga perlu paparkan ciri-ciri barang yang hendak dijual, harga serta kos penghantaran, kaedah pembayaran, terma dan syarat urusniaga serta anggaran masa penghantaran,” jelas beliau.


Tambahnya, bermula Januari hingga November tahun ini, pi­hak­nya telah menerima sebanyak 1,047 aduan yang dibuat melalui laman sesawang justeru siasatan dan beberapa tindakan susulan telah diambil untuk menyelesaikannya.
Ahmad Bashah Md. Hanipah

Popular Posts