Monday, 10 February 2014
Anak menangis kenang nasib ibu bapa
Kuala Lumpur: Pasangan warga Malaysia yang didakwa memukul empat anaknya di Sweden kerana tidak bersolat akan dibicarakan 18 Februari ini.Pengarah Tourism Malaysia di Stockholm, Azizul Raheem Awalludin dan isterinya, Shalwati Norshal, didakwa melakukan kesalahan itu secara berulang antara 15 Disember 2010 hingga 17 Disember 2013. Perbicaraan dijangka berlangsung selama 10 hari.
Dakwaan terhadap kedua-dua pasangan itu menggunakan istilah melanggar integriti seseorang bagi menggambarkan pertuduhan dan kertas pertuduhan yang dikeluarkan mahkamah semalam memetik keempat-empat anak mereka dipukul dengan pelbagai objek, antaranya penyangkut baju, kayu dan tali pinggang.
Tertuduh kemuka rayuan
Peguam tertuduh, Kristofer Stahre, bagaimanapun berkata beliau telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Sweden supaya pasangan itu dibebaskan daripada reman sementara menunggu tarikh perbicaraan.
“Mahkamah tiada sebab untuk menahan reman pasangan berkenaan kerana keempat-empat anak mereka sudah dibawa pulang ke Malaysia,” katanya.
Semua anak, Aishah, 15, Ammar (12), Adam (11), dan Arif (tujuh) dijaga oleh ibu saudara mereka di Kelantan selepas dibawa pulang ke tanah air, 31 Januari lalu, diiringi Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.
Mahkamah Daerah Solna, Sweden, sebelum ini melanjutkan reman Azizul dan Shalwati selama 11 hari sehingga semalam.
Difahamkan, tempoh tahanan reman bagi mengelak tertuduh mengganggu siasatan, menyembunyikan bukti, meneruskan aktiviti tuduhan iaitu memukul anak mereka atau lari ke luar negara.
sumber
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Popular Posts
-
Baru-baru ini viral tentang gelaran Dr. Azizan Osman bukan seorang yang mempunyai pendidikan dan sijil Ph.D . Oleh kerana isu itu melibat...
-
1. Punggung Punggung rupanya menduduki peringkat pertama bagian tubuh lelaki yang disukai kaum hawa. Ini menunjukkan wanita tidak jauh be...
-
Berita mengenai wanita di toreh muka baru-baru ini menjadi amat viral di Facebook . Semua bercerita tentang sikap kemanusiaan . Ada pihak ya...
-
Bagaimana kaedah merawat ekzema kering secara semulajadi? Ya, pada tulisan terbaru kami kali ini akan membincangkan mengenai cara merawat ...
-
KITA mungkin sudah biasa mendengar alasan kenapa pengguna memilih perkhidmatan kenderaan penumpang seperti GrabCar atau Uber, tetapi kali...
-
KUALA LUMPUR - Pendapatan isi rumah bulanan penengah Malaysia pada 2014 meningkat 11.7 peratus setahun kepada RM4,585 berbanding RM3,626 pad...
-
Satu kajian terhadap golongan belia di Malaysia menunjukkan bahawa golongan belia menghabiskan masa mereka selama kira-kira 32.6 jam setiap...
-
BUKIT Putus, bukan setakat penduduk Negeri Sembilan kenal dengan nama gah ini, malah masyarakat luar juga mengetahui tentangnya. Sepe...
-
Assalamuaaikum bagi yang Muslim Selamat sejahtera semua Pernahkah anda mendengar tentang syarikat yang bernama ZENITH ?? Pernahkah and...
-
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meni...
.jpg)
No comments :
Post a Comment